top of page
  • Writer's pictureFadly Amri

Oh kome, deghoyan udah luroh

🌟 Musim Durian 2024 Telah Bermula! 🌟




Anda pencinta durian? jika ya, marilah kita sambut musim durian yang ditunggu-tunggu!. Berdasarkan kalendar pengeluaran durian bagi tahun 2024, negeri-negeri di seluruh Malaysia sedang bersiap sedia untuk membekalkan durian terbaik mereka. Dari Jun hingga Disember, pelbagai negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, Sarawak, Pahang, Johor, Kedah, dan banyak lagi akan mengeluarkan durian dengan kualiti terbaik (FAMA,2024).

Pada tahun 2022, jumlah pengeluaran bagi tanaman durian di Malaysia adalah sebanyak 455,458mt. Negeri Johor merupakan penyumbang utama pengeluaran iaitu sebanyak 30.5% daripada keseluruhan pengeluaran di Malaysia, diikuti oleh Pahang (26.8%) dan Kelantan (7.7%) (Jabatan Pertanian, 2023).

Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati keenakan durian tempatan kita! Jom sokong industri buah-buahan tempatan dan rasai sendiri kemanisan durian Malaysia. Nikmati musim durian tahun ini dengan penuh kenikmatan! ✨

83 lihatan0 komen

Comments


bottom of page