top of page
  • Writer's pictureUnit Pengurusan dan Penyebaran Maklumat

Semak Harga Komoditi Agromakanan dengan Mudah di Dashboard FAMA – Semua di Hujung Jari Anda!"

Updated: 26 Ogo

Revolusi Industri Keempat atau Industri 4.0 menekankan kepentingan penggunaan teknologi dalam perniagaan, di mana data menjadi salah satu aspek penting dalam penetapan sesuatu keputusan. Dalam konteks ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai agensi utama dalam perkhidmatan pemasaran telah mengambil langkah proaktif dengan mengumpul dan menerbitkan harga komoditi agromakanan terpilih secara digital melalui paparan dashboard di portal FAMA.

FAMA merupakan satu-satunya agensi yang melaksanakan kutipan maklumat harga bagi setiap lapisan rantaian pasaran merangkumi peringkat ladang, borong dan runcit. Maklumat tersebut dibekalkan secara terus oleh pembekal maklumat yang dilantik dikalangan pengeluar, pemborong dan peruncit di kawasan utama pengeluaran dan pemasaran. Pembekalan maklumat harga ini akan dipaparkan secara langsung di paparan dashboard “Panduan Harga Harian” bagi komoditi terpilih. Ianya boleh diakses di mana-mana oleh sesiapa sahaja dengan cepat dan mudah.

Paparan ini bukan sahaja boleh dijadikan rujukan kepada pengeluar dan pemasar dalam negosiasi harga pasaran malah ianya boleh dijadikan panduan buat pengguna, terutamanya isi rumah dan peniaga makanan untuk merancang pembelian barangan mentah harian di kawasan masing-masing.

Oleh demikian, maanfatkan maklumat menerusi telefon bimbit dengan beberapa klik sahaja. Selamat mencuba!!.

69 lihatan0 komen

Comments


bottom of page