top of page

"Meneroka Potensi Pertumbuhan Sektor Eksport Pertanian Malaysia pada 2023"

  • Writer: Unit Pengurusan dan Penyebaran Maklumat
    Unit Pengurusan dan Penyebaran Maklumat
  • 26 Feb
  • 1 min membaca

Infografik Ringkasan Eksport Pertanian Malaysia 2023
Infografik Ringkasan Eksport Pertanian Malaysia 2023

Pada tahun 2023, sektor pertanian Malaysia mencatatkan prestasi eksport yang memberangsangkan dengan nilai keseluruhan RM160.74 bilion. Sumbangan sektor ini adalah 11.27% daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.

Eksport Bahan Makanan negara bernilai sebanyak RM46.37 bilion. Tanaman seperti kelapa sawit dan hasil tanaman lain menyumbang RM21.98 bilion, manakala eksport ternakan (tidak termasuk binatang hidup) bernilai RM4.21 bilion dan sektor perikanan mencatatkan RM4.10 bilion.


Sementara itu Keperluan Pertanian yang terdiri daripada baja, racun dan jentera pertanian menyumbang RM6.42 bilion dalam eksport.  Diikuti oleh subsektor Keluaran Pertanian yang merupakan penyumbang tertinggi dalam kategori ini bernilai RM107.94 bilion eksport pelbagai hasil pertanian seperti minyak sawit, getah asli, dan hasil ternakan.


Peningkatan eksport sektor pertanian mencerminkan daya saing Malaysia dalam pasaran global. Usaha untuk meningkatkan produktiviti dan nilai tambah produk tempatan perlu diteruskan untuk memastikan keseimbangan perdagangan serta memperkukuh ekonomi pertanian negara.

 
 
 

Comments


bottom of page