top of page
  • Writer's pictureDr. Mangaleswari A/P K Subramaniam

Tinjauan Bawang Holland di Pasaran

Updated: 6 Apr 2023



FAMA (4 April 2023) – Bawang Besar Kuning atau lebih dikenali sebagai Bawang Besar Holland merupakan antara bawang yang banyak digunakan dalam masakan.


Import terbesar bagi Bawang Besar Holland di Malaysia adalah dari negara China, diikuti oleh Negara Belanda dan New Zealand. Harga yang “marhain” menyebabkan rakyat negara ini lebih memilih untuk menggunakan Bawang Besar Holland dari negara China atau Belanda, berbanding New Zealand. Hal ini demikian kerana, harga Bawang Besar Holland dari New Zealand adalah lebih tinggi, disebabkan oleh kualitinya yang lebih baik.


Berdasarkan tinjauan Bahagian Maklumat Pasaran, berlaku kekurangan bekalan bawang di pasaran disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, terutamanya di negara-negara pembekal, yang telah merosakkan hasil pada fasa penuaian serta infrastruktur pengangkutan di rantau tersebut. Perkara ini sekali gus menyebabkan harga Bawang Besar Holland di negara ini turut terkesan dan mengalami kenaikan.


Kekurangan bekalan Bawang Besar Holland dari negara China dan Belanda secara serentak menyebabkan pengguna terpaksa mengeluarkan modal yang lebih untuk menggunakan Bawang Besar Holland alternatif dari negara New Zealand. Terdapat juga sesetengah pengguna menukar kepada penggunaan Bawang Besar Merah dari negara India, tetapi tidak semua masakan sesuai digantikan dengan Bawang Besar Merah disebabkan perbezaan rasa, fungsi dan tekstur antara satu sama lain.




47 lihatan0 komen

Comments


bottom of page