top of page
  • Writer's pictureFadly Amri

Adakah harga Ayam telah turun?

Harga Ayam Proses Standard kembali menjadi sebutan pada minggu ini. Aliran peningkatan harga yang berterusan bagi item hangat ini sering menjadi isu di kalangan pengguna dan pemain pasaran.

Daging ayam adalah makanan yang mempunyai sumber protin yang baik, selain itu ianya lebih berpatutan berbanding daging lain seperti lembu, kambing dan sebagainya. Rakyat Malaysia telah menggunakan sebanyak 1,679,662.4 metrik tan pada tahun 2021(Akaun Pembekalan dan Penggunaan bagi daging Ayam). Penggunaan di Malaysia juga dianggarkan sebanyak 46.7kg setiap orang dikatakan ketiga di dunia dan yang tertinggi di Asia (OECD FAO Agricultural Outlook ). Justeru itu, dapat difahami logiknya bahawa sebarang isu berkaitan dengan ayam akan sentiasa menjadi pemerhatian segenap warganegara Malaysia yang tercinta.


Price Chart for Malaysia's Chicken
Malaysia's Chicken Price Infographic

Mengikut rekod data primer Bahagian Maklumat Pasaran FAMA, harga purata runcit Ayam Standard Semenanjung Malaysia pada tahun 2020 adalah RM7.85/kg. Namun beberapa insiden telah mempengaruhi peningkatan harga ayam, ianya bermula pada Ogos 2021 apabila harga purata ayam meningkat kepada RM8.30/kg, seterusnya meningkat lagi kepada RM9.30/kg pada September 2021. Kemudian harga Ayam terus kekal pada tahap yang tinggi dari purata kebiasaan tahun 2020, dan melonjak lagi pada Jun 2022 kepada RM10.25/kg.

Namun atas beberapa insiatif kerajaan telah berjaya menstabilkan harga kepada RM9.40 bulan selepas itu, dan ianya berjaya dikekalkan mengikut harga kawalan yang ditetapkan iaitu RM9.40/kg.

Semasa musim perayaan Aidiladha pada 29 Jun 2023, terdapat penurunan permintaan terhadap ayam di peringkat tempatan. Ini kerana majoriti umat islam beralih kepada penggunaan daging seperti kelaziman pada perayaan ini. Situasi ini telah memaksa pemain industri untuk menyesuaikan harga dengan menurunkannya supaya dapat menarik kembali permintaan orang ramai selain meminimakan kos dan kerugian yang akan ditanggung sekiranya pusing ganti ayam berlanjutan.

Kesan dari itu, harga purata ayam peringkat runcit Semenanjung Malaysia mula menunjukkan aliran menurun bermula 24 Julai sebanyak RM8.30/kg direkodkan, kemudian ianya terus jatuh kepada RM7.50/kg pada minggu selepasnya. Penurunan ini adalah yang terendah direkodkan dalam 2 tahun. Kali terakhir harga seperti ini direkodkan adalah pada April 2020.

Namun begitu, musim perayaan telah berlalu diikuti permintaan terhadap ayam telah stabil semula, maka minggu seterusnya iaitu minggu ke-32 tahun 2023, harga ayam telah melantun kembali. Bermula daripada RM8.30 dan ianya berterusan meningkat hari ke hari sehingga pada hari ini 17 Ogos 2023, harga ayam telah mencecah harga kawalan iaitu RM9.40/kg.

Mengambil kira faktor yang memberi kesan langsung kepada industri ternakan ayam tempatan seperti konflik geo politik yang masih berlarutan, kadar tukaran wang asing yang tidak menentu, adalah wajar kita jangkakan harga ayam akan terus menyederhana pada paras yang tinggi.



Penafian: laporan ini adalah inisiatif pegawai FAMA berdasarkan analisis dan pemerhatian semasa. Ianya tidak mewakili statistik rasmi negara. Justeru pihak FAMA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami berikutan penggunaan laporan ini.




102 lihatan0 komen

Commenti


bottom of page