top of page
  • Unit Pengumpulan Maklumat dan Analitik

HARGA CIK TOM NAIK LAGI!!!!!!!!!!!


Infografik Harga Tomato
Infografik Statistik Harga Tomato

Harga purata Tomato Tanah Tinggi peringkat runcit di Semenanjung Malaysia pada ketika ini melonjak naik sebanyak 20% kepada RM7.25 per kilogram berbanding Sabtu lalu. Faktor cuaca yang tidak menentu di kawasan penanaman utama seperti Lojing dan Blue Valley kebelakangan ini telah mengganggu proses kematangan buah.

 

Permintaan daripada pengguna akhir bagi komoditi ini meningkat di pasaran sejak hujung bulan lalu. Namun, bekalan alternatif tomato import bagi menampung permintaan semasa masih kurang kelihatan di pasaran tempatan.

 

Diunjurkan sehingga pertengahan Julai 2024, harga purata peringkat runcit di Semenanjung Malaysia bagi komoditi ini dijangka akan terus meningkat mencecah RM9.20 per kilogram. Namun, ianya bergantung kepada faktor dan situasi semasa yang mungkin akan berubah.

29 lihatan0 komen

Commentaires


bottom of page