JANGAN KETINGGALAN MENIKMATI RAJA BUAH!
- Unit Pengumpulan Maklumat dan Analitik
- 16 Ogo 2024
- 1 min membaca
NANTI MENGIDAM!!

Musim durian tahun ini telah bermula seawal bulan Mei 2024 yang mana bekalan utama adalah dari Johor dan Pulau Pinang. Pada musim pengeluaran (Fasa 1), trend harga durian melonjak di setiap peringkat hingga ke paras tertinggi berikutan bekalan kurang bagi menampung permintaan yang tinggi.
Namun, harga kembali stabil apabila memasuki Fasa 2 dan Fasa 3 pengeluaran berikutan bekalan di pasaran semakin meningkat dengan berlakunya pengeluaran dari Perak dan Pahang. Pada masa kini, harga durian adalah sekitar RM48.80/Kg hingga RM70.00/Kg (Durian Musang King), RM11.45/Kg hingga RM18.00/Kg (Durian Kampung) dan varieti lain yang popular antara RM23.00/Kg hingga RM35.00/Kg. Jangan terlepas menikmati keenakan pelbagai varieti durian musim ini!.
Comments