Macam tahun sebelum-sebelumnya, harga betik sedikit tinggi sepanjang Ogos 2025!!!
- Unit Pengumpulan Maklumat dan Analitik
- 7 hari lalu
- 2 min membaca
Bila sebut bulan Julai sampai Ogos, semua orang terbayang durian, rambutan, manggis. Memang tak dinafikan inilah “bulan emas” untuk buah-buahan bermusim. Tapi di celah kemeriahan itu, ada satu lagi buah tropika yang diam-diam tetap memikat hati pengguna di pasaran tempatan… Betik.

Keadaan Harga Semasa (Julai 2025)
Harga tertinggi yang direkodkan pada Julai 2025 adalah:
Ladang : RM3.80/kg
Borong : RM5.00/kg
Runcit : RM8.00/kg
Kalau nak dibandingkan, harga purata runcit betik pada bulan Julai 2025 menunjukkan peningkatan berbanding bulan-bulan sebelumnya, harga runcit betik biasanya berlegar antara RM4.75/Kg - RM6.00/Kg. Jadi bulan ni, kita nampak harga sedikit “panas” berbanding biasa.
Kalau tengok graf harga purata runcit tahun ke tahun, pada minggu ke-29 hingga minggu ke-32 (akhir Julai hingga awal Ogos), harga purata runcit menunjukkan peningkatan ketara dengan unjuran harga runcit bagi Ogos 2025 berada sekitar RM5.50/Kg – RM6.00/Kg, agak stabil tapi masih di atas julat kebiasaan.
Kenapa Harga Betik Naik??
Sebenarnya, bukan sebab orang tiba-tiba nak makan betik (walaupun memang ada peminat tegar). Sebaliknya:
· Musim Buah-Buahan Bermusim (Supply Factor)
Julai hingga Ogos merupakan puncak pengeluaran buah-buahan bermusim seperti Durian, Rambutan dan Manggis. Perhatian petani, pemborong dan tenaga kerja banyak tertumpu kepada pengurusan dan pengedaran buah-buahan bermusim ini sekali gus menyebabkan bekalan betik sedikit berkurangan di pasaran.
· Permintaan Pengguna (Demand Factor)
Permintaan pengguna terhadap betik kekal stabil kerana ia sering dijadikan pilihan untuk hidangan harian sebagai pencuci mulut yang berkhasiat. Walaupun berlaku kenaikan harga, pengguna akhir masih membeli dan mencari betik seperti biasa kerana faktor citarasa dan kesedaran kesihatan.
Walau Bukan Raja, Tetap Ada Peminat Setia
Betik mungkin bukan “Raja Buah”, tapi dia ada kelebihan tersendiri:
Manis, berkhasiat, dan senang dimakan.
Tak perlu tunggu musim, akan tetapi musim puncak buah lain boleh ganggu bekalannya.
Harga yang masih dalam tahap mampu milik berbanding durian atau manggis musim sekarang.
Nikmatilah musim buah tempatan sepenuhnya tanpa keraguan. Durian untuk kepuasan, rambutan untuk nostalgia, dan betik untuk keseimbangan. Walaupun ketika ini betik jadi sedikit mahal, ia tetap pilihan yang baik untuk kesihatan dan selera rakyat Malaysia.
Komentar