top of page
  • Writer's pictureFadly Amri

Meneroka Faktor Di Sebalik Kenaikan Harga Bawang di Malaysia

Menelusuri Lanskap Perdagangan Global

Hari ini, kita dikejutkan dengan statistik - peningkatan harga bawang di Malaysia sebanyak 126% dari tahun 2023 ke tahun 2024. Lonjakan dramatik ini dikaitkan dengan faktor utama: embargo eksport oleh Kerajaan India yang bermula sekitar 8 Disember 2023 hingga ke hari ini.

Malaysia's Onion Prices Trends

Pada tahun 2022, Malaysia telah mengimport sejumlah 525,057 metrik tan bawang, di mana India merupakan penyumbang terbesar dengan syer sebanyak 57%. Embargo eksport dari India, salah satu pengeksport bawang terbesar di dunia, telah mengakibatkan rantaian bekalan terganggu secara signifikan. Hal ini terjadi berikutan pola cuaca yang tidak menentu yang mempengaruhi hasil pengeluaran, lantaran menyebabkan peningkatan harga.

Keadaan ini menjelaskan kerumitan perdagangan antarabangsa dan kepentingan iklim terhadap harga komoditi.

Walaubagaimanapun, bekalan bawang di Malaysia pada ketika ini adalah mencukupi yang telah diisi oleh negara pengeluar alternatif seperti Netherlands, China, Pakistan, Thailand, Myanmar dan sebagainya. Dijangkakan harga akan kembali stabil dan optimum apabila Bawang India kembali memenuhi pasaran antarabangsa kelak.

71 lihatan0 komen

Comments


bottom of page