top of page
  • Writer's pictureDr. Mangaleswari A/P K Subramaniam

Musim Mangga Harumanis Akan Tiba….

Updated: 11 Apr 2023

FAMA, 3 April 2023 – Mangga Harumanis..

Namanya sahaja sudah menjadi keghairahan orang ramai. Buah ini sangat istimewa dan unik jika dibandingkan dengan buah mangga yang lain. Buah Harumanis mempunyai keunikan tersendiri – rasanya yang manis, isinya yang lembut dan halus serta aromanya yang istimewa menjadikan ia popular di kalangan orang ramai. Perlis merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang terkenal dengan pengeluaran buah Harumanis.


Mangga Harumanis biasanya dipetik pada musim panas dari April hingga Jun. Tinjauan pihak FAMA Negeri Perlis ke ladang-ladang, menjangkakan pengeluaran akan berkurang sehingga 60% berbanding tahun lepas. Menurut pengusaha Mangga Harumanis, pengeluaran fasa berbunga yang tidak seragam sejak tahun lalu menyebabkan hasil menurun. Cuaca hujan pada fasa bunga menjadi faktor kepada keguguran & kerentungan bunga.


Pihak FAMA Negeri Perlis juga mengesahkan bahawa ianya terlalu awal untuk membuat jangkaan tepat pengeluaran, kerana pengeluaran buah Mangga Harumanis dipengaruhi oleh faktor cuaca. Keadaan cuaca panas dan hujan yang tidak menentu boleh menyebabkan putik Mangga Harumanis gugur dan hasil tuaian menurun. FAMA Negeri Perlis menyasarkan potensi pasaran sehingga 10 metrik tan buah pada tahun ini. Namun, faktor luar jangka seperti peningkatan taburan hujan dan panas melampau, akan memberi kesan dari putik buah hingga jangka masa sebelum buah dibalut.


Pengusaha Harumanis, En. Zainol Ahmad, mula membalut buah bagi

mengelakkan serangan serangga perosak dan melindungi daripada hujan


Warna dan jenis pembalut turut mempengaruhi warna kulit buah

apabila ia matang


Beliau berkata FAMA akan membantu petani menjana pendapatan musim ini, disamping pengguna juga tidak akan dibebankan dengan bayaran yang terlalu tinggi untuk buah Harumanis. Pihak FAMA juga memberitahu orang ramai boleh membeli buah Harumanis secara online dengan menggunakan Aplikasi Agrobazaar Online. Tambahan beliau, pihak FAMA juga telah bekerjasama dengan syarikat penghantaran untuk memastikan buah itu sampai ke rumah pengguna dengan cepat.


Selain itu, pada musim Mangga Harumanis, pelbagai festival akan diadakan di Negeri Perlis, bagi mempromosikan buah ini. Lazimnya ia melibatkan pelbagai aktiviti berkaitan Harumanis seperti demonstrasi masakan, fruit carving, pameran, Jualan Terus Dari Ladang (JTDL), dan lain-lain acara yang menyerlahkan keunikan mangga kelahiran Perlis ini.


Dengan ini, diharapkan Mangga Harumanis dapat meningkatkan daya saing. sekaligus menjadi antara buah yang terbaik di pasaran dalam dan luar negara.



44 lihatan0 komen

Kommentare


bottom of page