top of page

Suasana Menjelang Syawal

  • Writer: Dr. Mangaleswari A/P K Subramaniam
    Dr. Mangaleswari A/P K Subramaniam
  • 20 Apr 2023
  • 1 min membaca

Updated: 2 Jun 2023

FAMA, 20 April 2023 – Aidilfitri bakal tiba, suasana di pasar semakin meriah dengan kunjungan orang ramai membeli keperluan bagi persiapan hari raya. Ayam, daging, bawang, sayur-sayuran, santan adalah antara bahan keperluan menyediakan juadah utama hari lebaran ini. Pasar-pasar utama di desa dan kota mula menjadi tumpuan masyarakat setempat, tidak lupa juga yang pulang ke kampung halaman.


Bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini, sebahagian peniaga mengambil inisiatif dengan menghiasi gerai dengan dekorasi berwarna-warni dan lampu kelip-kelip serta para penjual memakai baju kurung dan baju melayu terbaik. Ini bagi membangkitkan lagi suasana lebaran disamping dapat menarik lebih ramai pengunjung.


Orang ramai berkunjung ke pasar sejak awal pagi untuk memastikan

mereka mendapat bahan keperluan yang segar dan berkualiti tinggi

untuk dimasak yang akan bermula hari ini. Pasar-pasar tempatan

seperti Pasar Besar, Pasar Tani serta Jualan Khas Syawal Madani

menjadi destinasi utama masyarakat untuk mendapatkan bahan- bahan segar bagi membuat persiapan.


Secara keseluruhannya, suasana pasar sempena Syawal menyemarakkan lagi kegembiraan masyarakat dalam menyiapkan hidangan raya dan merayakan kegembiraan bersama-sama. Kunjungan ke pasar sempena Syawal tetap menjadi satu tradisi yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh peniaga dan pembeli. Satu pengalaman yang unik dan terpahat dalam memori.



Comments


bottom of page