top of page
  • analisistrategik

Benarkah Telur Ayam Kurang di Pasaran?

FAMA (31 Mar 2023) – Kebelakangan ini, isu berkaitan kekurangan telur sering dibincangkan. Benarkah pekara ini terjadi? Adakah masalah ini akan berterusan sehingga akhir Ramadan dan akan menjadi lebih kritikal pada Syawal nanti?

Telur merupakan salah satu makanan penting dalam kehidupan seharian serta ketika perayaan. Menjelang musim perayaaan, permintaan telur akan meningkat secara mendadak di seluruh negara. Disebabkan kuantiti pengeluaran yang tidak berubah, maka berlaku kekurangan bekalan di pasaran disebabkan permintaan yang tinggi.


Tinjauan FAMA mendapati, secara amnya, bekalan telur sememangnya mencukupi dan tersedia. Ia merujuk kepada Telur Omega, Telur Ayam Kampung, Telur Import, dan Telur Gred D, E dan F. Namun, bagi Telur Gred A sehingga Gred C, terdapat ‘gangguan’ bekalan antara 10% hingga 15% pada awal sambutan Ramadan, di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu, kerana bekalan tidak dapat memenuhi keperluan semasa pasaran.

Walau bagaimanapun, situasi ini sentiasa dipantau, dan bekalan telur ke outlet-outlet FAMA sentiasa dipastikan cukup dan terjamin.

Antara outlet-outlet peruncitan FAMA yang membekalkan telur di sekitar Kelantan:

  • Agrobazaar Rakyat Jalan Bypass Pasir Puteh

  • Agrobazaar Kedai Rakyat, Paloh, Gua Musang



30,000 ribu biji telur habis terjual dalam tempoh 3 jam di Pasar Tani Kekal Jengka, Pahang.

Antara punca kekurangan bekalan telur adalah disebabkan oleh kekurangan pekerja di kilang-kilang telur dan di sektor ternakan ayam penelur. Sebilangan penternak ayam masih belum mengeluarkan telur pada kadar pengeluaran maksimum kerana kekurangan pekerja dan modal.


Bekalan telur juga perlu dipertingkatkan berikutan permintaan yang meningkat sehingga dua kali ganda daripada pelbagai golongan pengguna, untuk kegunaan sepanjang bulan Ramadan bagi memenuhi keperluan bazaar/buffet Ramadan serta penyediaan kuih raya/tradisi. Telur Gred A, B dan C menjadi pilihan bagi peniaga kek, kuih raya serta tradisi kerana kandungan cecairnya yang tinggi berbanding gred lain.


Perubahaan corak pembelian telur oleh orang ramai turut menyumbang kepada kekurangan bekalan telur. Pengguna kini tidak lagi membeli secara biji malah membeli secara papan iaitu 30 biji telur sepapan. Oleh itu, pembelian pukal ini membawa kepada penurunan bekalan telur di pasaran dengan cepat.


12 lihatan0 komen

Comments


bottom of page