Peranan Pasar Borong Alternatif di Lembah Klang: Landskap Baharu Selepas PKP
- Dr. Mangaleswari A/P K Subramaniam
- 13 Mac
- 2 min membaca

Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) telah lama dikenali sebagai hub utama pemborongan dan pusat pengedaran hasil pertanian, bukan sahaja di sekitar Lembah Klang tetapi juga bagi kawasan luar Lembah Klang. Namun, landskap pemasaran ini mula berubah dengan ketara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada tahun 2020.
Pelaksanaan PKP, terutamanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan, termasuk PBKL dan Pasar Jalan Othman, telah memaksa banyak pengeluar dan pembekal untuk mencari alternatif dalam menyalurkan bekalan mereka. Kajian yang dijalankan oleh pihak FAMA mendapati bahawa terdapat perubahan ketara dalam corak rantaian pemasaran, di mana dua pasar borong utama di Selangor iaitu Pasar Borong Seri Kembangan (PBSK) dan Pasar Besar Meru Klang telah menjadi pusat alternatif yang penting dalam menampung bekalan hasil pertanian.
Hasil kajian menunjukkan bahawa bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan di Pasar Borong di Negeri Selangor meningkat lebih daripada 100% semasa tempoh PKP. Ini berlaku apabila ramai pembekal yang kebiasannya menyalurkan bekalan ke PBKL telah mula menghantar bekalan mereka ke PBSK dan Pasar Besar Meru Klang. Keadaan ini membuktikan bahawa kedua-dua pasar borong ini mampu menyerap lebihan bekalan yang sebelum ini hanya tertumpu di PBKL.
Pasar Borong Seri Kembangan (PBSK) mampu mengendalikan bekalan sebanyak 77,273 metrik tan (MT) setahun. yang mana 52.58% merupakan urusniaga buah-buahan melibatkan Pisang, Tembikai dan Mangga. Sementara itu, Pasar Besar Meru menerima bekalan sebanyak 15,406.65 MT setahun. Pengendalian sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar borong ini agak sekata iaitu masing-masing sebanyak 34.7%, dan 37.01%. Namun apa yang menariknya adalah Pasar Besar Meru Klang turut mengendalikan bekalan hasil laut di perikanan sebanyak 24.84%.
daripada jumlah keseluruhan, manakala sayur-sayuran menyumbang sebanyak 22.17%. Sementara itu, Pasar Besar Meru Klang menerima bekalan sebanyak 15,406.65 MT setahun. Pecahan bekalan di pasar ini menunjukkan bahawa sayur-sayuran menyumbang sebanyak 34.7%, buah-buahan 37.01%, manakala hasil laut dan perikanan menyumbang sekitar 24.84%.
Perubahan landskap pemasaran ini membuka ruang kepada kedua-dua pasar borong ini untuk memainkan peranan yang lebih signifikan. Disamping, menjadi hub alternatif bekalan yang penting dalam sistem rantaian bekalan hasil pertanian di sekitar Lembah Klang.
Comments